Inilah Senarai Pemain Tempatan Yang Hampir Pasti Berhijrah Ke Pasukan JDT Untuk Musim 2017
Berkenaan pemindahan pemain pula, begitu ramai mengatakan pemain Kelantan hendak berhijrah ke Johor. Terus terang saya katakan, berita tersebut tidak benar. Saya ada empat atau lima pemain yang akan berpindah. Saya juga ada empat pemain yang akan berhijrah daripada luar negeri Johor, dan ada tiga pemain yang akan naik daripada pasukan JDT II. Dan siapa pemain tersebut yang akan datang ke JDT buat masa ini belum boleh saya dedahkan nama mereka tetapi saya mengesahkan bahawa tiada pemain daripada Kelantan. Akan ada satu daripada Sarawak, satu daripada T-Team, satu daripada PDRM dan dua daripada Selangor. Manakala tiga lagi daripada JDT II. Itu adalah muka-muka pemain baharu yang akan masuk ke dalam JDT. - TMJ
Sarawak - Nursyamie
T-Team - Safawi Rashid
PDRM- Haziq Nadzli
Selangor- Hazwan Bakri dan Nazmi Faiz
JDTII-Irfan, Syafiq Saharuddin , Darren Lok.

0 Komentar untuk "Inilah Senarai Pemain Tempatan Yang Hampir Pasti Berhijrah Ke Pasukan JDT Untuk Musim 2017"